Telefon berdering berulang-kali..
Aku tatap je screen telefon tu
Dalam kepala
"Nak jawab ke tak nak.."
Banyak kali juga la berdering.
Last-last aku angkat jugalah..
Ya...ya sorry saya baru lepas mandi..
Dengan nada agak tegas dia berkata
Kalau tak jadi jumpa,awak bagitau saja.
Aku menjawab
-Er.. jadi.. awak di mana
Saya depan rumah awak naik innova grey.
-Oh okay.
Dalam kereta...
Dalam hati.
Macam sombong je
Diam je la.
Dia memulakan bicara
Awak tak pelik ke saya bawa kereta ni
Aku jawab ringkas
- tak.
Kami tidak pergi jauh.
Aku hanya minum
Memandangkan duit dalam poket ada rm3 je.
To be safe , aku order teh tarik. Kahkahkah.
Kami tidak berborak panjang.
Dia yang lebih banyak bercerita.
Aku?
Pemalu barangkali.
Haha..
Sesampai sahaja di rumah.
Aku turun kereta.
Dan tiba-tiba..
Dia turunkan tingkap kereta dan berkata..
Jangan serik keluar dengan saya lagi ya.
Aku hanya melemparkan senyuman dan berkata,
Tak la...
Masuk rumah.. dan tidur.
Bangun pagi. Pergi kerja.
Mendapat satu pesanan dari dia.
"Sombong!"
Bersambung...
Sunday, March 23, 2014
Friday, March 14, 2014
Saya, jiran awak
Petang itu.
Ekoran daripada perbualan yang ringkas.
Ketika memandu di rumah orang-orang kaya.
Terima panggilan masuk.
Alamak.
Nak jawab ke tak nak?
Boleh teka siapa yang sedang menghubungi.
Pura-pura tak tahu.
Lama juga ditatap screen handphone tu.
Angkat je lah.
"Hello, siapa ni"
"Saya lah. Jiran. Boleh tak makan sama malam ni?"
"Saya nak mandi dulu"
"Ok, apa-apa bagitau la ye"
Dalam hati.
Betul ke aku ni?
Balik dulu lah. Nanti sampai rumah fikir.
- bersambung lagi..

Pertama kali
Pagi itu.
Banyak sungguh kerja.
Rehatkan minda sebentar.
Buka hp.
Eh.
Ada pesanan.
"Hai"
Umm.. muka macam orang yang gembira-gembira je. Balas lah.
"Hi" :)
-bersambung...

Thursday, January 16, 2014
Dia
Dia ...
Yang sanggup menunggang basikal "racing" sejauh 8
kilometer ke sekolah semata-mata mahu
menghantar peralatan mewarna anaknya yang tertinggal di rumah supaya anaknya
tidak dimarahi cikgu dan tidak ketinggalan sesi pembelajaran.
Dia…
Yang tidak malu untuk menjerit “Hei, itu anak aku!” ketika
melihat anaknya berada di atas pentas mengambil piala kemenangan di hari sukan.
Dia…
Yang tidak malu duduk mencangkung di tepi longkang untuk
menemani anaknya yang kelaparan makan “burger” di hari kokurikulum sekolah.
Dia…
Yang tidak pernah kata TIDAK untuk membelanja anak-anaknya
makan di bandar walaupun terpaksa menahan dua buah teksi ke bandar kerana dia
bukanlah seorang yang pandai memandu.
Dia…
Tidak pernah rasa malu untuk memeluk dan mencium
anak-anaknya di khalayak ramai untuk menunjukkan rasa cinta dan kasihnya.
Dia…
Tidak pernah menangis di hadapan anak-anaknya bukan kerana
dia kuat.. tetapi dia tidak mahu anak-anaknya berasa lemah dalam jagaannya.
Dia…
Yang tak henti-henti berdoa dan mengaji ketika anaknya menduduki
peperiksaan supaya anak-anaknya tenang dan dapat menjawab soalan peperiksaan
dengan cemerlang.
Dia…
Tidak pernah lupa mengucup pipi dan dahi anak-anaknya dan
membaca surah 3 Qul dan Ayatul Qursi sebelum tidur.
Dia…
Yang tidak pernah berasa penat untuk memasak makanan
kegemaran anak-anaknya dan menunggu anak-anaknya pulang dari sekolah dengan
senyuman.
Dia…
Tidak pernah jemu menasihati anaknya walaupun anaknya ketika
itu tergedik-gedik mahu bercinta waktu sekolah. Malah, pernah sekali dia mengajar
anaknya menulis surat cinta. Tetapi malangnya.. cinta anaknya itu ditolak..
haha.. mungkin dengan cara itu dia ingin menyedarkan anaknya.. “KAKLONG, TAK
CANTIK… DAH HABIS SEKOLAH NANTI, BELAJAR PANDAI-PANDAI, KERJA ELOK-ELOK BILA DAH
ADA BANYAK DUIT, BARULAH BOLEH JADI CANTIK, TAK PAYAH TULIS SURAT ORANG DAH
DATANG MENGORAT” haha.
Dia…
Yang tak pernah lekang senyum dan hilaian ketawanya yang
lucu kerap kali menghibur hati anak-anak dan orang-orang yang berada
disampingnya.
Dia…
Insan yang sentiasa memberi semangat walaupun kini, dia
telah tiada.. tetapi, semangatnya masih tebal di dalam dada..
Dia…
Insan yang kupanggil EMAK dan sentiasa bertakhta di hati,
Alfatihah.. Umi Sara Bt Abdullah. Semoga, dapat ku tauladani sifat mulianya
ketika aku bergelar ibu nanti.
Thursday, December 26, 2013
Janganlah Bersedih.
Hidup..
Tak selalunya indah.. tak semua hidup kita akan berakhir seperti mana cerita-cerita fairy tales dalam tv.. tapi tak salah kalau kita sendiri merancang hidup kita untuk menjadi indah.. menjadi seorang yang sentiasa positif itu mustahil.. tapi.. cuba.. positifkan setiap perkara yang negatif.. jauhi aura-aura negatif...
Semenjak dua menjak ni... banyak perkara yang tak terduga terjadi... cuba senyum ... mungkin senyum dapat mengubat apa yg terlara di dalam hati... senyum mungkin sudah cukup menunjukkan kita masih mampu rasa sedikit gembira... biar terlihat seperti menipu diri sendiri.. tetapi cukuplah dengan senyuman yang tak seberapa ni dapat juga menyenangkan org disekeliling kita yang mungkin memerlukan senyuman kita untuk mengubat lara di dalam hati mereka...
Tah apa yang aku cuba mengarut di sini... hahaha... tapi percaya la... hidup siapa sahaja yang tidak pernah terduga... mungkin bukan sekarang.. bukan dulu.. tetapi masa hadapan...pasti akan diduga...
dulu, masa awal2 dulu, waktu aku selalu rasa marah dan kecewa dgn hidup.. aku kerapkali bertanya menangis teresak2 persoalakn kepada tuhan kenapa hidup aku tak seindah orang lain.. lama-lama aku sedar... kenapa Allah ambil mak terlebih awal.. dan sekarang buat aku lebih sedar... semua yang terjadi ada hikmahnya... jika mak masih ada... bagaimana agaknya kehidupan aku sekarang... kenapa aku mesti nk persoalkan apa yang terjadi sekarang sedangkan dahulu sebelum aku dilahirkan di dunia ini....aku pernah berjanji kepada Allah yang aku mampu, aku akan teruskan hidup aku menjadi hamba yang taat kepadanya walauapapun yang akan terjadi.. kenapa bila sekarang aku diuji... aku mula bertanya kepada dia...kenapa aku mempertikaikan segalanya.. maafkan aku ya tuhan.. kadangkala aku alpa...takut bila aku fikir jauh.. takut jika aku tak sempat meminta maaf kepadanya.. sedangkan jika aku buat salah sesama manusia.. cpt2 aku mintak maaf... tp kenapa dgn dia yg menciptakan aku.. aku berlengah2.. Ya Allah.. takut.. betul2 takut... benarlah.. sesetengah perkara yang terjadi itu...tiada siapa yang mampu menyelesaikannya.. hanya masa yang menentukannya.. yang kita perlukan adalah kesabaran yang tinggi..
Ntah apa ada dalam fikiran aku... kadangkala fikiran aku agak tidak stabil akhir-akhir ini... acapkali menerewang memikirkan apa.. aku tidak tahu... pulang ke rumah... berbual2 pun aku malas... kenapa masih mengenangkan arwah mak yang sudah tiada... lain sungguh hidup jika tiada teman bicara seperti dulu... dia adalah sahabat dan juga penasihat terbaik dalam hidup... sayangnya.. dia pergi dahulu... semoga suatu hari nanti anak-anak aku juga akan menganggap aku adalah sahabat terbaik mereka .. merenung wajah-wajah org tersayang,, kadang-kala buat aku rasa sayu... jika.. aku tiba2 pergi... tanpa sebarang alamat sepertimana yang telah berlaku kepada mak dahulu.. mampukah mereka kuat? kita tak pernah tahu... bila... kita akan pergi.. kadang-kala kita berfikir jauh seperti kita akan hidup selama-lamanya... rupe2nya.. tiba-tiba kita tiada...
Tabahlah... tabahlah menghadapi hidup ini.. sesungguhnya... hidup ini hanyalah sementara.. tiada apa yg kita perlu kejar selain redha Allah... Janganlah bersedih...

Thursday, June 13, 2013
Kaklong Tak Lupa
Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca blog saya yang telah lama saya pinggirkan..
Sudah agak lama saya tidak berkongsi rasa di laman ini. Mungkin cara penulisan saya kali ini juga sudah agak berbeza jika dibandingkan dengan penulisan-penulisan saya yang terdahulu.
Gaya penulisan yang lebih ringkas dan mudah difahami. Seperti sedang berbicara dihadapan pembaca-pembaca sekalian itu adalah cara saya menulis. Mungkin pada saya, dengan gaya penulisan seperti itu, membuatkan saya berasa lebih dekat dengan pembaca dan pembaca lebih mudah membaca perasaan saya.
Hakikatnya, bukan saya tidak mahu menulis secara bebas seperti dahulu tapi mungkin saya lebih cenderung menulis dengan menggunakan bahasa yang lebih sempurna berbanding dahulu kerana mungkin saya telah terbiasa dan terikat dengan kerjaya sekarang. Tapi, saya masih saya yang dahulu, masih gila, kelakar (kelakar ke??) dan masih KHADIJAH AMINAH yang kamu semua kenali dahulu.
Mungkin sudah cukuplah pengenalan yang saya berikan untuk 'entry' kali ini. Maka besarlah hati saya ingin berkongsi sedikit cerita atau pengalaman hidup saya kepada anda semua.
Pagi tadi, seperti biasa saya memandu ke pejabat sambil saya dihidangkan dengan topik yang agak menarik oleh penyampai radio. Topiknya menyentuh tentang Ayah. Pernahkah anda dihukum oleh ayah anda.. apakah hukuman yang diberikan oleh ayah anda ketika anda kecil. Puas saya memikirkan, apakah hukuman yang pernah ayah atau saya memanggil ABAH telah berikan kepada saya semasa saya kecil. Sedar tak sedar , sebenarnya, saya tidak pernah dihukum oleh Abah. Tidak tahulah kenapa. Bukan kerana saya anak manja. Tetapi mungkin kerana saya tidak pernah melakukan hal-hal yang tidak disukainya. Saya juga adalah pengampu terhebat Abah. Haha. Sehingga kini saya sentiasa mengampu Abah dengan menceritakan tentang kehebatan-kehebatan saya berbanding adik-adik saya yang lain. Bunyinya seperti seorang yang gila kuasa. Tetapi itulah hakikatnya, begitulah cara untuk saya mendapat perhatian dari Abah.
Abah seorang yang sangat sibuk. Dia seorang yang sangat berjaya dalam kerjayanya. Kata-katanya sahaja sudah cukup menunjukkan dia seorang yang bijak. Jauh disudut hatinya. Saya tahu dia memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya, mungkin dia juga mempunyai masalah sama juga seperti saya. Tetapi, sebagai seorang anak yang mungkin sedang mencari erti hidup sendiri, saya juga kadang-kala lupa untuk bertanyakan khabarnya. Walhal, kami serumah!
Selepas pemergian Mak, Abah yang menjaga kami seorang diri. Kadangkala, kerana terlampau sibuk,
saya berasakan yang Abah tidak mempedulikan hal kami adik beradik. Tetapi, tidak pula saya tahu, di malam hari, ketika kami semua sudah tidur, abah masuk setiap bilik anak-anaknya dan untuk melihat dan memastikan yang anak-anaknya semua cukup. Kelakar bunyinya. Saya juga seringkali merungut, setiap kali saya masak lauk yang istimewa, Abah tidak pernah menjamah, tetapi, rupanya, setiap kali saya masak, dia akan ambil sedikit dan merasa lauk yang dimasak oleh saya ketika saya sedang tidur. Cuma, sejak akhir-akhir ini saya rasakan, hubungan ini makin menjauh. Tiada lagi komunikasi antara kami. Mungkin Abah sibuk.
Abah,
Kaklong cuma nak abah tahu, walauapapun yang terjadi, kaklong sentiasa bersama Abah.
Mungkin Abah sibuk.
Tapi..
Kaklong nak Abah tahu, sudah lama kami rindukan mahu bercakap-cakap dengan Abah ketika mak masih ada dahulu.
Kaklong juga nak abah tahu, Abah, masih yang terbaik dihati kami semua.
Terima Kasih untuk segalanya.
Kaklong juga tak lupa. Abah pernah tidak duduk dan tidak tidur sepanjang perjalanan dari KL ke JB menaiki keretapi kerana terpaksa mendukung kaklong yang sedang menangis tak henti-henti.
Kaklong juga tak lupa, marah mana pun kaklong dengan Abah, tapi Abah juga yang kaklong cari ketika kaklong menangis.
Kami nak Abah tahu yang kami sentiasa sayang Abah, Abah jangan lupakan kami ya.
Selamat Hari Bapa, Abah. Semoga tempat kita di Syurga.

Monday, November 5, 2012
5 november
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum..
Lame rasenye tak menaip dlm blog ni.. takde masa.. arini..sempena besday aku, aku rase nk menaip...setelah sekian lama aku berenti dari berblog, arini aku saje gatal2 menaip.. tatau la bile leh jumpe lagi post akan datang..
Sesungguhnya umur aku makin meningkat, tak de yg istimewa pon utk besday aku.. same mcm besday2 lepas, cume besday tahun ni.. penuh air mata.. tak perlu la aku kongsi dgn semua org.. ape yg utama, aku rasakan hidup ini makin mencabar, tiada yg mudah utk mendapatkan apa yg aku ingin kan..
aku rasa aku tak penah nk demand lebih, aku cume nk bahagia, hepi mcm org lain.. takpelah,, mungkin takdir tuhan, belom masa nya utk aku bahagia gembira mcm org lain.. mungkin takdir tuhan aku perlu berkorban perkara yg aku suka, aku syg, utk aku bahagia dimasa hadapan.. mungkin ada benda yg aku masih alpa dalam kehidupan, siang tadi aku kena marah dgn boss,, mmg sebab salah aku, tak bace email betol2.. maybe aku terlampau terikut2 rase sedih aku.. sampai time keje pon aku tak focus.. tapi nk wat cmne aku mmg jenis mcmtu... ape yg aku beri, tak pernah aku dapat yg macam aku harapkan, aku selalu memujuk hati, tuhan itu maha adil, belum masa utk aku.. belum masa utk aku,, itu je yg aku mampu katakan..
boss aku marah aku, sampai aku menangis,, bukan aku menangis sebab kena marah , tapi aku menangis sbb aku terfikir bnda2 yg telah aku buat.. aku sedih.. kdg2 bukan kuasa aku utk bertanya kenapa takdir aku macamni. berdosa besar utk aku tanyakan takdir Allah.. aku percaya setiap apa yg buruk itu semua datang dr aku.. Allah tak pernah bg benda yg buruk utk hambanya.. aku terima segala takdir Allah... cume kadang2 aku insan biasa, bukan nabi yg tiada dosa,, kdg2 aku juga mengeluh.. menangis utk perkara yg sia2.. mungkin aku belom cukup kuat utk menghadapi ujian, atau ada perkara yg aku tak laksanakan dgn sempurna,, kdg2 aku rasa aku kuat tapi tidak. aku tidak sekuat yg aku sangka... Demi Allah, ampuni aku.. mak.. kaklong rindu mak.. mak nampak tak ape yg long dah buat mak? mungkin kaklong tak sekuat mak.. mak.. kaklong sebenarnya masih terkontang kanting.. maafkan long, ada perkara yg long kadang2 ingkar, long lupe pesanan mak.. maafkan long mak.. kaklong harap mak sentiasa tersenyum disana,,kdg2 terlampau sebok jaga adik2 sampai long lupe jaga diri long. long tak kenal diri long lg mak... harini besday long.. slalu kalau mak ada lagi, mesti mak masak sedap2 kan.. arini long g mamak je makan mak.. diri kaklong tak penting pon mak.. janji org lain bahagia... adik2 gembira.. takpe la mak.. mungkin kaklong ditakdrkan utk berkorban. kaklong redha.. maafkan long mak.. long rindu mak..
Alfatihah.

Subscribe to:
Posts (Atom)