Aku pon tak tahu nak taip tajuk ape kat entri ni aku rase macam nak menaip je. nak menambah kelajuan skill menaip aku.. hebat kan aku, manusia yg tak suke buang masa, ketika waktu break aku menaip blog. untungnye boss aku meng"hire" aku sebagai org gajinye.
Semenjak dua menjak ni, diri aku begitu dekat dgn hospital. Aritu adik aku masuk ward kena demam denggi, pastu bakal mak mentua dia pulak masok ward sebab eksiden, jadi hujung2 minggu aku byk aku abeskan dgn melawat orang2 sakit di hospital. takde pulak terjumpe jodoh doctor yg berwajah seperti farid kamil di hospital sane? ah ape2 sahaja angan2 aku ni. sememangnya aku manusia yg suke berangan. aku suke berangan sampai ke tahap aku rase melampau betol tahap berangan aku. ah rindunye rasa buah berangan panas2 di tepi lereng2 bukit lebuhraya karak. Yer, pada sesiapa yg baru pertama kali membaca blog aku pasti memikirkan aku gile. Seorang yg suke lompat2 topik. Aku memang begitu suke lari topik. Kadang2 aku bercerita pasal perkara yg menggembirakan tiba2 sahaja aku boleh marah dan tibe tiba aku boleh sedeh pastu kembali gembire. Aneh kan? aku memang macamtu, jangan dipelikkan mengapa perangai aku begitu. sesungguhnya susah untuk aku berubah kembali kepada normal semula.
Tapi aku yakin yer begitu yakin jika kalian berkawan dgn aku nescaya hidup kalian akan diselubungi kegembiraan sehinggakan kalian merindui kekecewaan. Kemudian kalian akan mula mengadaptasi perangai2 jelek aku dalam diri kalian. ketika itu kalian pasti akan begitu sayangkan aku! HAHAHAHAHHAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (ketawa bergema seperti sedang memberi ceramah diatas bukit dicelah2 gua)..
Jangan takot membaca blog ini, sesungguhnye aku takkan keluar dari screen bergelak ketawa bersama kalian, mungkin kalian sahaja yg gile memikirkan perkara seperti itu akan terjadi di dalam hidup ini! bangunlah! bangun dari mimpi yg fana! Ayuh! bergerak ke arah kecemerlangan, tidak lama lagi kita akan menyambut hari buruh. semoga kalian semua akan mendapat anugerah buruh cemerlang! ya.. itulah impian kita semua! ya!
Maaf. Entri ini berbaur ngeri. Saya sedang gile. Putus cinta tak tahu menahu dari mana. Hidop saya sentiasa dilanda kemurungan semenjak putus cinta. kembalikanlah cinta itu oh.. hati ini begitu terluka. dia tidak mahu akan saya. saya sgt murung. kadang2 seperti ingin memakan lipas di dalam almari. bosan. hari2 saya ada lah bersama kucing dan adik2 saya. saya adalah seorang pembosan. Jangan ditanya mengapa saya menjadi pembosan. Salahkan lelaki yg telah melukakan hati saya!!! dia telah merubah hidup saya menjadi seorang pembosan. saya tak boleh pandang lelaki lain lagi dalam otak saya asek teringat akan dia. dia memang durjana! sila bertanggungjawab diatas kemusnahan akal fikiran saya. tapi dia diam begitu sahaja. sungguh durjana.
Ok. Waktu rehat sudah tamat. kembali membuat kerja2 pejabat . Jumpe lagi dgn entri yg lebeh normal. Tahniah kepada sesiapa yg baru melangsungkan perkahwinan dan juga baru melahirkan baby. saya amat kagum dgn pencapaian kalian. agak2 bilakah masa indah sebegitu utk saya????
hahahahahaha..ngn aku skali jd giler bace entry ni lompat sana sini topiknya.hahahahaha
ReplyDeletehahaha!!! entry bongok.. nak makan lipas dalam almari.. eeii.. geli lah! ko egat nih fear factor?? hahahah!!! klakar entry nh.. sampai terlondeh seluar gelak..
ReplyDeletehahaha...dieja dah kenape ni??? =p
ReplyDelete