Thursday, December 26, 2013

Janganlah Bersedih.

Hidup..

Tak selalunya indah.. tak semua hidup kita akan berakhir seperti mana cerita-cerita fairy tales dalam tv..  tapi tak salah kalau kita sendiri merancang hidup kita untuk menjadi indah..  menjadi seorang  yang sentiasa positif itu mustahil.. tapi.. cuba.. positifkan setiap perkara yang negatif.. jauhi aura-aura negatif... 

Semenjak dua menjak ni... banyak perkara yang tak terduga terjadi... cuba senyum ... mungkin senyum dapat mengubat apa yg terlara di dalam hati... senyum mungkin sudah cukup menunjukkan kita masih mampu rasa sedikit gembira... biar terlihat seperti menipu diri sendiri.. tetapi cukuplah dengan senyuman yang tak seberapa ni dapat juga menyenangkan org disekeliling kita yang mungkin memerlukan senyuman kita untuk mengubat lara di dalam hati mereka...

Tah apa yang aku cuba mengarut di sini... hahaha... tapi percaya la... hidup siapa sahaja yang tidak pernah terduga... mungkin bukan sekarang.. bukan dulu.. tetapi masa hadapan...pasti akan diduga...
dulu, masa awal2 dulu, waktu aku selalu rasa marah dan kecewa dgn hidup.. aku kerapkali bertanya menangis teresak2 persoalakn kepada tuhan kenapa hidup aku tak seindah orang lain.. lama-lama aku sedar... kenapa Allah ambil mak terlebih awal.. dan sekarang buat aku lebih sedar... semua yang terjadi ada hikmahnya... jika mak masih ada... bagaimana agaknya kehidupan aku sekarang... kenapa aku mesti nk persoalkan apa yang terjadi sekarang sedangkan dahulu sebelum aku dilahirkan di dunia ini....aku pernah berjanji kepada Allah yang aku mampu, aku akan teruskan hidup aku menjadi hamba yang taat kepadanya walauapapun yang akan terjadi.. kenapa bila sekarang aku diuji... aku mula bertanya kepada dia...kenapa aku mempertikaikan segalanya.. maafkan aku ya tuhan.. kadangkala aku alpa...takut bila aku fikir jauh.. takut jika aku tak sempat meminta maaf kepadanya.. sedangkan jika aku buat salah sesama manusia.. cpt2 aku mintak maaf... tp kenapa dgn dia yg menciptakan aku.. aku berlengah2.. Ya Allah.. takut.. betul2 takut... benarlah.. sesetengah perkara yang terjadi itu...tiada siapa yang mampu menyelesaikannya.. hanya masa yang menentukannya.. yang kita perlukan adalah kesabaran yang tinggi..

Ntah apa ada dalam fikiran aku... kadangkala fikiran aku agak tidak stabil akhir-akhir ini... acapkali menerewang memikirkan apa.. aku tidak tahu... pulang ke rumah... berbual2 pun aku malas... kenapa masih mengenangkan arwah mak yang sudah tiada... lain sungguh hidup jika tiada teman bicara seperti dulu... dia adalah sahabat dan juga penasihat terbaik dalam hidup... sayangnya.. dia pergi dahulu... semoga suatu hari nanti anak-anak aku juga akan menganggap aku adalah sahabat terbaik mereka .. merenung wajah-wajah org tersayang,, kadang-kala buat aku rasa sayu... jika.. aku tiba2 pergi... tanpa sebarang alamat sepertimana yang telah berlaku kepada mak dahulu.. mampukah mereka kuat? kita tak pernah tahu... bila... kita akan pergi.. kadang-kala kita berfikir jauh seperti kita akan hidup selama-lamanya... rupe2nya.. tiba-tiba kita tiada...

Tabahlah... tabahlah menghadapi hidup ini.. sesungguhnya... hidup ini hanyalah sementara.. tiada apa yg kita perlu kejar selain redha Allah... Janganlah bersedih...

Thursday, June 13, 2013

Kaklong Tak Lupa

Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca blog saya yang telah lama saya pinggirkan..

Sudah agak lama saya tidak berkongsi rasa di laman ini. Mungkin cara penulisan saya kali ini juga sudah agak berbeza jika dibandingkan dengan penulisan-penulisan saya yang terdahulu.
Gaya penulisan yang lebih ringkas dan mudah difahami. Seperti sedang berbicara dihadapan pembaca-pembaca sekalian itu adalah cara saya menulis. Mungkin pada saya, dengan gaya penulisan seperti itu, membuatkan saya berasa lebih dekat dengan pembaca dan pembaca lebih mudah membaca perasaan saya.

Hakikatnya, bukan saya tidak mahu menulis secara bebas seperti dahulu tapi mungkin saya lebih cenderung menulis dengan menggunakan bahasa yang lebih sempurna berbanding dahulu kerana mungkin saya telah terbiasa dan terikat dengan kerjaya sekarang. Tapi, saya masih saya yang dahulu, masih gila, kelakar (kelakar ke??) dan masih KHADIJAH AMINAH yang kamu semua kenali dahulu.

Mungkin sudah cukuplah pengenalan yang saya berikan untuk 'entry' kali ini. Maka besarlah hati saya ingin berkongsi sedikit cerita atau pengalaman hidup saya kepada anda semua.

Pagi tadi, seperti biasa saya memandu ke pejabat sambil saya dihidangkan dengan topik yang agak  menarik oleh penyampai radio. Topiknya menyentuh tentang Ayah. Pernahkah anda dihukum oleh ayah anda.. apakah hukuman yang diberikan oleh ayah anda ketika anda kecil. Puas saya memikirkan, apakah hukuman yang pernah ayah atau saya memanggil ABAH telah berikan kepada saya semasa saya kecil. Sedar tak sedar , sebenarnya, saya tidak pernah dihukum oleh Abah. Tidak tahulah kenapa. Bukan kerana saya anak manja. Tetapi mungkin kerana saya tidak pernah melakukan hal-hal yang tidak disukainya. Saya juga adalah pengampu terhebat Abah. Haha. Sehingga kini saya sentiasa mengampu Abah dengan menceritakan tentang kehebatan-kehebatan saya berbanding adik-adik saya yang lain. Bunyinya seperti seorang yang gila kuasa. Tetapi itulah hakikatnya, begitulah cara untuk saya mendapat perhatian dari Abah.

Abah seorang yang sangat sibuk. Dia seorang yang sangat berjaya dalam kerjayanya. Kata-katanya sahaja sudah cukup  menunjukkan dia seorang yang bijak. Jauh disudut hatinya. Saya tahu dia memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya, mungkin dia juga mempunyai masalah sama juga seperti saya. Tetapi, sebagai seorang anak yang mungkin sedang mencari erti hidup sendiri, saya juga kadang-kala lupa untuk bertanyakan khabarnya. Walhal, kami serumah!

Selepas pemergian Mak, Abah yang menjaga kami seorang diri. Kadangkala, kerana terlampau sibuk,
saya berasakan yang Abah tidak mempedulikan hal kami adik beradik. Tetapi, tidak pula saya tahu, di malam hari, ketika kami semua sudah tidur, abah masuk setiap bilik anak-anaknya dan untuk melihat dan memastikan yang anak-anaknya semua cukup. Kelakar bunyinya. Saya juga seringkali merungut, setiap kali saya masak lauk yang istimewa, Abah tidak pernah menjamah, tetapi, rupanya, setiap kali saya masak, dia akan ambil sedikit dan merasa lauk yang dimasak oleh saya ketika saya sedang tidur. Cuma, sejak akhir-akhir ini saya rasakan, hubungan ini makin menjauh. Tiada lagi komunikasi antara kami. Mungkin Abah sibuk.

Abah,
Kaklong cuma nak abah tahu, walauapapun yang terjadi, kaklong sentiasa bersama Abah.
Mungkin Abah sibuk.
Tapi..
Kaklong nak Abah tahu, sudah lama kami rindukan mahu bercakap-cakap dengan Abah ketika mak masih ada dahulu.
Kaklong juga nak abah tahu, Abah, masih yang terbaik dihati kami semua.
Terima Kasih untuk segalanya.

Kaklong juga tak lupa. Abah pernah tidak duduk dan tidak tidur sepanjang perjalanan dari KL ke JB menaiki keretapi kerana terpaksa mendukung kaklong yang sedang menangis tak henti-henti.

Kaklong juga tak lupa, marah mana pun kaklong dengan Abah, tapi Abah juga yang kaklong cari ketika kaklong menangis.

Kami nak Abah tahu yang kami sentiasa sayang Abah, Abah jangan lupakan kami ya.

Selamat Hari Bapa, Abah. Semoga tempat kita di Syurga.


Monday, November 5, 2012

5 november

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum..

Lame rasenye tak menaip dlm blog ni.. takde masa.. arini..sempena besday aku, aku rase nk menaip...setelah sekian lama aku berenti dari berblog, arini aku saje gatal2 menaip.. tatau la bile leh jumpe lagi post akan datang..

Sesungguhnya umur aku makin meningkat, tak de yg istimewa pon utk besday aku.. same mcm besday2 lepas, cume besday tahun ni.. penuh air mata.. tak perlu la aku kongsi dgn semua org.. ape yg utama, aku rasakan hidup ini makin mencabar, tiada yg mudah utk mendapatkan apa yg aku ingin kan..

aku rasa aku tak penah nk demand lebih, aku cume nk bahagia, hepi mcm org lain.. takpelah,, mungkin takdir tuhan, belom masa nya utk aku bahagia gembira mcm org lain.. mungkin takdir tuhan aku perlu berkorban perkara yg aku suka, aku syg, utk aku bahagia dimasa hadapan.. mungkin ada benda yg aku masih alpa dalam kehidupan, siang tadi aku kena marah dgn boss,, mmg sebab salah aku, tak bace email betol2.. maybe aku terlampau terikut2 rase sedih aku.. sampai time keje pon aku tak focus.. tapi nk wat cmne aku mmg jenis mcmtu... ape yg aku beri, tak pernah aku dapat yg macam aku harapkan, aku selalu memujuk hati, tuhan itu maha adil, belum masa utk aku.. belum masa utk aku,, itu je yg aku mampu katakan..

boss aku marah aku, sampai aku menangis,, bukan aku menangis sebab kena marah , tapi aku menangis sbb aku terfikir bnda2 yg telah aku buat.. aku sedih.. kdg2 bukan kuasa aku utk bertanya kenapa takdir aku macamni. berdosa besar utk aku tanyakan takdir Allah.. aku percaya setiap apa yg buruk itu semua datang dr aku.. Allah tak pernah bg benda yg buruk utk hambanya.. aku terima segala takdir Allah... cume kadang2 aku insan biasa, bukan nabi yg tiada dosa,, kdg2 aku juga mengeluh.. menangis utk perkara yg sia2.. mungkin aku belom cukup kuat utk menghadapi ujian, atau ada perkara yg aku tak laksanakan dgn sempurna,, kdg2 aku rasa aku kuat tapi tidak. aku tidak sekuat yg aku sangka... Demi Allah, ampuni aku.. mak.. kaklong rindu mak.. mak nampak tak ape yg long dah buat mak? mungkin kaklong tak sekuat mak.. mak.. kaklong sebenarnya masih terkontang kanting.. maafkan long, ada perkara yg long kadang2 ingkar, long lupe pesanan mak.. maafkan long mak.. kaklong harap mak sentiasa tersenyum disana,,kdg2 terlampau sebok jaga adik2 sampai long lupe jaga diri long. long tak kenal diri long lg mak... harini besday long.. slalu kalau mak ada lagi, mesti mak masak sedap2 kan.. arini long g mamak je makan mak.. diri kaklong tak penting pon mak.. janji org lain bahagia... adik2 gembira.. takpe la mak.. mungkin kaklong ditakdrkan utk berkorban. kaklong redha.. maafkan long mak.. long rindu mak..


Alfatihah.

Monday, January 30, 2012

Menulis secara rawak.

Aku pon tak tahu nak taip tajuk ape kat entri ni aku rase macam nak menaip je. nak menambah kelajuan skill menaip aku.. hebat kan aku, manusia yg tak suke buang masa, ketika waktu break aku menaip blog. untungnye boss aku meng"hire" aku sebagai org gajinye.

Semenjak dua menjak ni, diri aku begitu dekat dgn hospital. Aritu adik aku masuk ward kena demam denggi, pastu bakal mak mentua dia pulak masok ward sebab eksiden, jadi hujung2 minggu aku byk aku abeskan dgn melawat orang2 sakit di hospital. takde pulak terjumpe jodoh doctor yg berwajah seperti farid kamil di hospital sane? ah ape2 sahaja angan2 aku ni. sememangnya aku manusia yg suke berangan. aku suke berangan sampai ke tahap aku rase melampau betol tahap berangan aku. ah rindunye rasa buah berangan panas2 di tepi lereng2 bukit lebuhraya karak. Yer, pada sesiapa yg baru pertama kali membaca blog aku pasti memikirkan aku gile. Seorang yg suke lompat2 topik. Aku memang begitu suke lari topik. Kadang2 aku bercerita pasal perkara yg menggembirakan tiba2 sahaja aku boleh marah dan tibe tiba aku boleh sedeh pastu kembali gembire. Aneh kan? aku memang macamtu, jangan dipelikkan mengapa perangai aku begitu. sesungguhnya susah untuk aku berubah kembali kepada normal semula.

Tapi aku yakin yer begitu yakin jika kalian berkawan dgn aku nescaya hidup kalian akan diselubungi kegembiraan sehinggakan kalian merindui kekecewaan. Kemudian kalian akan mula mengadaptasi perangai2 jelek aku dalam diri kalian. ketika itu kalian pasti akan begitu sayangkan aku! HAHAHAHAHHAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (ketawa bergema seperti sedang memberi ceramah diatas bukit dicelah2 gua)..

Jangan takot membaca blog ini, sesungguhnye aku takkan keluar dari screen bergelak ketawa bersama kalian, mungkin kalian sahaja yg gile memikirkan perkara seperti itu akan terjadi di dalam hidup ini! bangunlah! bangun dari mimpi yg fana! Ayuh! bergerak ke arah kecemerlangan, tidak lama lagi kita akan menyambut hari buruh. semoga kalian semua akan mendapat anugerah buruh cemerlang! ya.. itulah impian kita semua! ya!

Maaf. Entri ini berbaur ngeri. Saya sedang gile. Putus cinta tak tahu menahu dari mana. Hidop saya sentiasa dilanda kemurungan semenjak putus cinta. kembalikanlah cinta itu oh.. hati ini begitu terluka. dia tidak mahu akan saya. saya sgt murung. kadang2 seperti ingin memakan lipas di dalam almari. bosan. hari2 saya ada lah bersama kucing dan adik2 saya. saya adalah seorang pembosan. Jangan ditanya mengapa saya menjadi pembosan. Salahkan lelaki yg telah melukakan hati saya!!! dia telah merubah hidup saya menjadi seorang pembosan. saya tak boleh pandang lelaki lain lagi dalam otak saya asek teringat akan dia. dia memang durjana! sila bertanggungjawab diatas kemusnahan akal fikiran saya. tapi dia diam begitu sahaja. sungguh durjana.

Ok. Waktu rehat sudah tamat. kembali membuat kerja2 pejabat . Jumpe lagi dgn entri yg lebeh normal. Tahniah kepada sesiapa yg baru melangsungkan perkahwinan dan juga baru melahirkan baby. saya amat kagum dgn pencapaian kalian. agak2 bilakah masa indah sebegitu utk saya????

Friday, January 20, 2012

Penakot.

Ptg tadi, aku g melawat umah lame kt Bandar Baru Sg Buloh.. alang2 jumpe kawan aku kt sane, aku g pusing skali tgk umah lame.. dah tak same mcm dulu.. tak same mcm yg mase family aku tinggal..13 tahun lalu.. mase mak jage dulu..rumah itu penuh kegembiraan..
dulu aku sekeluarga hidup gembire kat sane. sgt gembire. mcm keluarga org lain. balik sekolah mak masak, bile maghrib mak ajar mengaji, main dgn kwn2 sekolah.. indahnye zaman kanak2..

klu boleh, nk jd kanak2 selamanye..entahlah. ape yg tak kena. kdg2, aku rase, aku terpaksa berubah sbb kehidupan aku memaksa aku untuk berubah.. kalau mak aku ada lg, pandai ke aku masak mcm skrg? pandai ke aku uruskn adik2, mesti aku tak rase bnda tu sbg tgjwb aku..

Semuda 17 tahun, aku dah memikul tgjwb sbg pengganti mak,, kadang2, aku menangis sendiri.. aku nk hidup mcm org lain.. hujung minggu aku nk jugak keluar jumpe kwn2, g tgk wyg, main bowling, tapi bila aku nk keluar, aku msti kena masak dulu.. klu aku tak masak, aku akn balik awal pastikn adik2 aku dpt mkn..
kdg2 kwn2 aku tak sampai hati nk ajak keluar, dorg  pon risau dan dorg tahu aku akan risau kat adik2 aku..

kdg2, ada perasaan memberontak, adik2 aku pikir tak pasal aku bile dorg keluar? berbaloi ke semua pengorbanan aku.. kdg2, sbb ape yg aku rase selama ni menyebabkn aku jd insan yg sgt2 sensitif, kdg2 org kate aku kasar, tapi hakikatnye, aku terpaksa berlakon mcmtu supaya tak nmpk lemah. hakikatnye aku sgt lemah, semua aku simpan, ada satu tahap, aku tak tahan nk tanggung, tu yg aku jd sedih sorg2.

aku selalu berharap, supaya tuhan sentiasa cekalkan hati aku, maseh mampu tersenyum ketika duka, pandai mengawal emosi dan sentiasa berfikir pjg sblm membuat ape2 keputusan. sesungguhnye hati ini byk kali terluka dan ianya amat rapuh. taknk ape yg berlaku pd aku skrg berlaku lg dimasa hadapan, dan aku taknk anak2 aku rase mcm ape yg aku rase. aku nk mereka sentiasa gembire, biarlah tak sng dari segi wang ringgit, tetapi jiwa mereka penuh dgn kasih syg. aku sentiasa berdoa utk bahagia dan berharap akan dimakbulkan. kebahagiaan itu tak ternilai oleh wang ringgit..yer.. aku mmg penakut dan sentiasa ingin berdiri di garisan slmt dan sentiasa takot menanti dugaan yg bakal mendtg lagi..tapi aku hnylah hambanya.. yg perlu tahu, setiap ujian yg dtg tu kerana dia mengingati aku dan aku redha..

:)

Tuesday, January 17, 2012

Malam Ku Bermimpi

"Malam Ku Bermimpi

Hai dengan Satu Bintang

Berkata-kataku Di Jendela

Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang

Asmara Bergelora Meresap Ke Dada

Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga

Baunya Harum Menarik Hati

Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara

Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa" (P.Ramlee)



Lirik-lirik lagu p.ramlee semuanya indah, berbunga-bunga menggamit jiwa kan.. dia adalah brilliant. tapi sayangnya diakhir hidupnya dicerca, itulah kehidupan.. manusia sentiasa memandang keburukan sedangkan kebaikan yg berlipat kali ganda itu langsung tidak dipandang..sedihnya.. AL_FATIHAH untuk P.RAMLEE..



Actually, atas ni hanyalah intro sahaja.. belom start lagi peceritaan aku..



Aku jenis sebelom tido, mesti aku pikirkan masa depan aku. setiap kali tido , mesti aku akan berfikir, setiap ape yg terjadi dalam hidup aku, mesti aku akan sentiasa pikirkan, samaada nak pikirkan macamana nak selesaikan masalah tu, ataupon aku pikirkan ape yg aku nak capaikan dalam hidup ini, dan ape yg bakal terjadi dengan aku pada masa hadapan. Dah jadi habit, makin byk aku pikir, makin kusut hidup aku, makin kusut hidup aku, makin aku rase kerdilnya diri ini, jgn sesekali aku cube mendongak kelangit sehingga terlupa dimana tempat aku berpijak, semakin rasa diri ini tidak cukup, semakin rasa diri ini perlu meminta, semakin ingin meminta, semakin dekat aku dengan-NYA, kerana aku tahu, hanya dia yg boleh menenangkan hati aku.. dan setiap kali ape yg aku pikirkan sebelom tido tu mesti akan mimpi mase aku tido.. walaupon sebelom tido, aku bace msg org, mesti dlm mimpi pon aku leh mimpikan org tu.. hahahahaha



Malam semalam, sebelom tido, aku pikir pasal kerjaya impian aku, dan aku bace msg org sebelom tido. Tatau kenapa rajin nk membaca. Saje je sebenarnya nak memikir ape yg dia pikir, ape masalah dia, ape masalah aku, ape yg dia nak dan mendelete msg2 yg tak berguna, selalunya sebelom clear all msg, aku bace dulu.. Tapi malam semalam punya mimpi bahagia je.. Tapi bahagia dalam mimpi la, real life nye porak poranda. AHAHAH..



Aku mimpi, aku pergi audition, berjaya dapat kerja impian aku, lepas tu aku keluar dgn org yang aku suke, tgk wayang, bermanja2 macam kucing, pastu tak alih2 aku berada dalam lif, dan dalam lif tu, aku sampai kat suatu tempat, indah sgt, ada sorg perempuan, cantik sgt, pakai baju warne putih, macam pari2 dalam cite fairy tales kanak2 tu, dia bawak aku pergi tempat tu, mase tu aku berkaki ayam, aku terpaku melihat tempat tu, indahnya... ada air terjun, wangi, semua nye bersinar2, ada pokok2 rendang, ada kerusi untuk berehat, cantiknya...tersedar aku dari mimpi, jam 6.30 sedang molek waktu subuh, aku terpikir inikah syurga, tapi sedar diri, siapalah aku yg layak untuk melihat syurganya ketika ini, adakah itu bidadari.. banyak sungguh soalan.. aku mmg suke bertanya soalan sampai tak terjawab soalan2 tu.. hahaha. indahnya mimpi semalam.. sampai nak pergi keje pon tersenyum2. hahahahaha. gile betol.



Ape2 pon , mimpi itu mainan tido, tapi adakalanya ianya boleh menjadi petanda. Entahlah, malas nak pikir, makin pikir, makin kusut pale aku ni. Aku mmg suke betol berpikir benda yg tak sepatotnya aku pikir. hahahah.. ape2 pon, korg yg membaca ni pon mesti pening nak pikir apebenda la yg aku pikir utk taip entry ni. hahaha mengarut sungguh.. ape2 pon, selamat berfikir lah semua! hahah. bye.



layan lagu P.ramlee ni tapi Sheila Majid punya version. Malam Ku Bermimpi




Saturday, January 14, 2012

Surat Untuk Mak..

Salam,

Kehadapan mak..

Long doakan yg baik2 untuk mak disana.. moga mak sentiasa harum, bercahaya, cantik seperti dulu... mungkin orang kate long gile. Kenapa nak buat surat untuk mak, sedangkan mak takkan baca.. tapi takpe, long tahu setiap isi hati long dibaca olehNYA, long pohon moga dia akan sampaikan untuk mak...

Mak,

Long rindu mak.. boy sakit, kena denggi, long tatau nk buat ape.. long hanya buat ape yg termampu... aritu sopi sakit jugak, saraf dia kenapa tah, kaki lemah, takleh gerak sgt, long tatau nk watpe.. long bwk g jumpe doctor, ubat tradisional , long urut dia, alhamdulillah dah kuat sikit..

Mak,

Long skrg dah kerja, long dah beli kereta, klau mak ada, mesti kite selalu g jalan2 kan.. takyah kite panas2 tunggu teksi, naik bus mcm dulu..mak nak beli ape, long mesti belikan walaupon gaji long tak besar mane.. sorry mak, long tak dpt jd doktor mcm yg mak harapkan... tapi long janji long akan sambung blaja sampai ada DR depan name long...

Mak,

Sejak mak takde, mcm2 jadi... org ckp long mcm2.. org tak kenal long, tp mcm2 dia ckp long...long dah cube sabar, tapi kdg2 long terkasar.. mak tak penah ajar long cmtu.. long yg bersalah takleh kontrol emosi.. sorry ea mak, long cube berubah..

Mak,

Adik2 sume dah besar, acha dah tgktn dua, koriey masok kls account form4, sopi dah sem4 kat uitm.. boy pon dah keje tau mak... abah sihat.. tp long sian kt dia.. long kdg2 tak  masak, kena makan luar.. penatlah mak balik kerja.. kami semua rindu masakan mak... (T.T)

Mak,

Long harap mak gembire kat sana.. ada jodoh nanti kite jumpe ea mak... long takde hadiah nk  bg kat mak, harap doa2 dan sedekah surah tu dpt menerangi kubur mak... Long rindu dan lemah tanpa mak, kadang2 long rase mcm long berpura2 kuat.. harap long dpt berpura2 jd kuat mcm mak dulu.. Semoga mak sentiasa bahagia.. Insyaallah berjumpe kite suatu masa di alam kekal abadi..


Yg ikhlas
anakmu, khadijah aminah